Jika anda sedang mencari cara jualan lebih cepat, pasti Jurulelong boleh membantu menetapkan tarikh jualan untuk menjual hartanah anda seawal mungkin. Sebaik sahaja tukul jatuh, pembeli perlu membayar deposit 10%, maka pembeli biasanya diberikan 3 hingga 4 bulan untuk menyelesaikan baki belian 90%.
Penjual boleh mengikut budi bicaranya sendiri meminta Pelelong untuk menetapkan harga minimum untuk ditetapkan sebagai Harga Rizab.
Lelongan akan berlangsung di Dewan Lelong JTR dengan Sistem Lelongan Dwi Bidaan atau eBidding atas Talian. Kami mempunyai Dewan Lelong yang serba lengkap untuk menjalankan jualan hartanah.
Tiada caj dikenakan untuk pemasaran. Jika penjual meminta pengiklanan khas maka bayaran pengiklanan ditanggung oleh Penjual biasanya. Pembayaran alternatif mungkin boleh diuruskan berdasarkan kepada keinginan penjual.
Anda akan mempunyai 2 pilihan jika lelongan tidak berjaya. Pertama, harta itu boleh ditarik balik daripada jualan dan menetapkan harga rizab baru yang lain. Keduanya, anda boleh menerima tawaran terdekat dan masih boleh menjual hartanah tersebut.
2020 © Copyright of J.THILAGAMRAJ AUCTIONEERS SDN BHD