AUCTION BIDDING TIPS

When you participate in an auction, you must review and agree to the full terms and conditions before you bid.

CARA MEMBELI DI JUALAN LELONG

Sebelum anda menentukan sama ada akan menyertai lelongan, anda harus membaca dan memahami garis panduan lelongan. Maklumat disini diberikan sebagai ringkasan sahaja. Harap maklum bahawa nota ini hanya bersifat maklumat. Oleh yang demikian, kami menasihat anda supaya membuat carian dan pertanyaan perihal hartanah dengan sepenuhnya. Apabila anda menyertai lelongan, anda mesti menyemak dan bersetuju dengan terma dan syarat-syarat jualan sebelum anda membuat pembidaan (terkandung didalam Notis Jualan). Sila semak Terma dan Syarat penjualan dengan teliti.

Terma dan Syarat-syarat Jualan secara atas talian

Terma dan Syarat-syarat Pembidaan Atas Talian oleh JTR Auction House adalah suplimental (penambahan), yang bermaksud bahawa syarat-syarat tersebut hendaklah dibaca bersama dengan Terma dan syarat-syarat Pendaftaran Pembida dan sebagai tambahan kepada Syarat-syarat Jualan Umum dalam Perisytiharan Jualan serta terma dan syarat-syarat yang lain untuk pembida dan penawar yang menyertai Jualan (secara kolektif, "Syarat-syarat Jualan"). Ia akan digabungkan dan dirujuk dan dijadikan sebahagian daripada Terma dan Syarat-syarat Jualan Umum untuk jualan tersebut.

1. Pembeli yang berminat perlu membuat pemindahan wang deposit secara atas talian atau memiliki Draf Bank bersamaan dengan 5% atau 10% (mana yang berkenaan) daripada Harga Rizab tetap untuk layak menjadi pembida.

2. Pembida yang berlayak boleh mewakilkan orang lain untuk bertindak sebagai Ejen/Wakil bagi pihaknya.

3. Wakil diminta untuk mengemukakan fotokopi suratkuasa dan Kad Pengenalan Pembeli yang berminat. (Sila rujuk Syarat-syarat Jualan).

1. Kemukakan Kad Pengenalan sebagai memenuhi syarat untuk membida serta untuk pengenalan dan pendaftaran.

2. Adalah penting untuk memindahkan wang deposit secara atas talian atau menyerahkan Draf Bank berjumlah 5% atau 10% (mana yang berkenaan) dari Harga Rizab tetap.

3. Sila bawa wang tambahan sebagai wang pendahuluan untuk tambahan sekiranya terdapat kenaikan pada Harga Rizab.

4. Sila nyatakan butiran anda yang diperlukan dalam Borang Pendaftaran Penawar.

1. Sentiasa memastikan jumlah deposit tersebut yang perlu dibayar secara atas talian atau menyiapkan Bank Draf yang betul.

2. Jika tidak bersedia dan tidak berhati-hati semasa bidaan lelongan, akan membuat anda kehilangan peluang bidaan selanjutnya.

3. Sila pastikan tidak membawa cek peribadi atau syarikat sebagai deposit lelong.

5. Sila pastikan anda mengikuti tarikh dan masa lelongan supaya tidak hilang peluang membida.

6. Adalah penting untuk memastikan prosiding Lelong dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecuaian.

5. Sila memastikan semua butiran yang diberikan dalam Memorandum Jualan betul sebelum disahkan dan menandatanganinya.

6. Perlu untuk mematikan atau menggetarkan telefon bimbit untuk mengelakkan gangguan semasa lelongan didalam premis.

1. Untuk Pembida Individu:
- Salinan Kad Pengenalannya (salinan depan & belakang)
- Alamat surat - menyurat

2. Untuk Syarikat/Perbadanan:
-Salinan Memorandum dan Tataurusan Syarikat yang sah.
-Borang 24 dan 49.
-Resolusi Lembaga Pengarah

3. Untuk Ejen/Wakil:
-Surat Kuasa dari Pembida yang berminat.
-Salinan Kad Pengenalan (kedua-dua salinan depan dan belakang)

1. Dapatkan Perisytiharan, Syarat dan syarat Jualan dari Pelelong.

2. Buat pertanyaan yang diperlukan dan sahkan dokumen penting yang perlu disertakan untuk penyertaan.

3. Sila buat pemastian dan persaipan akhir dengan Pelelong sebelum membuat bidaan.