Bidaan pada minit dan saat akhir harus dielakkan. Pihak JTR Auction House serta Servis Provider tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / slip sementara (kerosakan kuasa, kerosakan Internet dll.) di pihak vendor. Pembida diminta untuk membuat semua persiapan / alternatif yang diperlukan seperti bekalan kuasa alternatif dan lain-lain yang diperlukan agar anda dapat mencegah keadaan tersebut dan terus menyertai dalam lelongan dengan berjayanya.
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi keperluan sistem seperti "hardware", "software", sambungan Internet di premis anda untuk mengakses JTR E-bidding Auction Portal.
Firma Pelelong tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab diatas gangguan dalam perkhidmatan, kesilapan, dan / atau omisen, yang disebabkan oleh apa jua cara dan tidak menjamin perkhidmatan atau penggunaan Laman web yang berterusan, tanpa gangguan atau tanpa kesilapan. Pembida mengakui bahawa lelongan ini dijalankan secara elektronik dan bergantung pada perkakasan dan perisian yang mungkin tidak berfungsi tanpa amaran. Firma Pelelong, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh membatalkan penjualan, menangguhkan pembidaan sementara dan menjual semula hartanah / lot yang terjejas oleh sebarang kerosakan. Keputusan Pelelong adalah muktamad.
Dalam keadaan ap-apa pun, JTR AUCTION HOUSE tidak akan bertanggungjawab kepada pembida atas kerugian langsung atau tidak langsung yang dialami oleh pembida atau kerosakan yang disebabkan oleh pembida berikutan dari:
i) Penggunaan JTR eBidding Auction Portal secara tidak betul, atau;
ii) Gagal sambungan ke Internet berhubung dengan peralatan yang digunakan oleh Pembida atau oleh Penyedia Perkhidmatan Internet, atau;
iii) Ketidakmampuan pembida untuk mengemukakan bidaan mereka kerana masalah yang berkaitan dengan "hardware", "software", atau faktor lain yang bersifat peribadi / spesial / lokal kepada penawar.
2020 © Copyright of J.THILAGAMRAJ AUCTIONEERS SDN BHD