ONLINE eBIDDING GUIDE

If you are unable to physically attend one of our auctions, please refer and contact our office and enquire if Online bidding is being offered on that sale.

Panduan untuk bidaan secara atas talian

Adakah anda tidak pasti bagaimana untuk membuat pembidaan atas talian?

Sekiranya anda tidak dapat menghadiri salah satu lelongan kami secara fizikal, sila rujuk dan hubungi pejabat kami dan tanyakan jika Bidaan atas talian dibenarkan untuk jualan tersebut. Sekiranya bidaan atas talian dibenarkan, anda perlu mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Pendaftaran untuk bidaan secara atas talian.

Langkah 1:Daftar untuk Bidaan

Sebelum anda membuat bidaan melalui JTR Online eBidding Portal, anda mesti membuat pendaftaran sebagai pembida untuk layak membuat bidaan atas talian. Anda perlu memastikan bahawa pendaftaran harus dibuat sebelum bermulanya jualan, jika tidak anda mungkin tidak layak membuat bidaan atas talian untuk jualan tersebut.

Langkah 2: Dokumen & Wang Deposit

Untuk pendaftaran, sila e-mel atau hubungi kami bagi memberi maklumat anda, dokumen yang dikehendaki serta jumlah deposit yang diperlukan agar anda layak untuk membuat pembidaan.

Langkah 3: Pembayaran Deposit Bidaan

Sesiapa yang berminat untuk menyertai bidaan atas talian dikehendaki untuk mendepositkan jumlah wang mengikut Terma dan Syarat-syarat Jualan dan Perisytiharan Jualan. Pembayaran wang deposit hendaklah dibuat secara atas talian iaitu melalui pemindahan wang dari Bank secara atas talian dan mengemukakan bukti pemindahan wang tersebut selewat-lewatnya jam 5.00 petang dan sekurang-kurangnya satu (1) hari bekerja sebelum tarikh lelongan. Anda perlu memastikan bahawa JTR Auction House telah menerima wang deposit tersebut sebelum membuat tawaran, kerana pembeli yang gagal memindahkan deposit tersebut akan sama sekali kehilangan peluang membuat bidaan untuk hartanah berkenaan.

Langkah 4: Login ID & Kata Laluan

Untuk menyertai pembidaan atas talian, setelah mendeposit wang bidaan lelong, anda mesti mendapatkan ID dan Kata Laluan log masuk anda dari JTR Auction House untuk log masuk ke JTR Online eBidding Portal. Log masuk ID dan Kata Laluan akan dihantar ke email pembida setelah deposit bidaan dan penyerahan dokumen diterima sebelum jualan lelong. Pembida perlu log masuk dan membuat bidaan pada hari dan masa lelongan e-Bidding tersebut dan harus mengikuti semua peraturan lelongan.

Langkah 5:

Sebaik sahaja anda mendaftar, anda harus merahsiakan maklumat Login ID dan Kata Laluan anda dan anda tidak boleh membenarkan pihak ketiga menggunakan atau mengakses akaun anda bagi pihak anda atau sebaliknya. Anda akan bertanggungjawab atas sebarang dan semua bidaan yang dibuat melalui Login ID dan Kata Laluan anda tersebut.

Langkah 6:

Sebaik sahaja lelongan bermula (Ebidding Demo), anda boleh bersedia untuk membuat bidaan dan tekan butang hantar.

Langkah 7:

Satu notifikasi akan dihantar kepada anda untuk memberitahu sekiranya anda berjaya menjadi pembida tertinggi. Seterusnya anda akan dimaklumkan supaya anda perlu untuk menandatangani Memorandum Jualan dan membayar wang bidaan tambahan (jika ada) untuk kenaikan harga pembelian ditambah dengan jumlah pembayaran untuk setem dan Memorandum perfection caj. Wang Deposit Bidaan yang diterima dari pembida yang tidak berjaya akan dipulangkan.

ARAHAN MUSTAHAK

Bidaan pada minit dan saat akhir harus dielakkan. Pihak JTR Auction House serta Servis Provider tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / slip sementara (kerosakan kuasa, kerosakan Internet dll.) di pihak vendor. Pembida diminta untuk membuat semua persiapan / alternatif yang diperlukan seperti bekalan kuasa alternatif dan lain-lain yang diperlukan agar anda dapat mencegah keadaan tersebut dan terus menyertai dalam lelongan dengan berjayanya.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhi keperluan sistem seperti "hardware", "software", sambungan Internet di premis anda untuk mengakses JTR E-bidding Auction Portal

JTR Auction House tidak boleh dan tidak akan bertanggungjawab diatas gangguan dalam perkhidmatan, kesilapan, dan / atau omisen, yang disebabkan oleh apa jua cara dan tidak menjamin perkhidmatan atau penggunaan Laman web yang berterusan, tanpa gangguan atau tanpa kesilapan. Pembida mengakui bahawa lelongan ini dijalankan secara elektronik dan bergantung pada perkakasan dan perisian yang mungkin berfungsi tanpa amaran. JTR Auction House, mengikut budi bicara mutlaknya, boleh membatalkan penjualan, menangguhkan pembidaan sementara dan menjual semula barang / lot yang terjejas oleh sebarang kerosakan. Keputusan Jurulelong adalah muktamad.


Dalam keadaan ap-apa pun, JTR AUCTION HOUSE tidak akan bertanggungjawab kepada pembida atas kerugian langsung atau tidak langsung yang dialami oleh mereka atau kerosakan yang disebabkan oleh mereka berikutan dari:

i) Penggunaan JTR eBidding Portal yang tidak betul, atau;

ii) Gagal kesambungan Internet berkenaan dengan peralatan yang digunakan oleh Pengguna atau oleh Penyedia Perkhidmatan Internet, atau;

iii) Ketidakmampuan pembida untuk mengemukakan bidaan mereka kerana masalah yang berkaitan dengan "hardware", "software", atau faktor lain yang bersifat peribadi / istimewa / lokal kepada penawar.