AUCTION BIDDING TIPS

When you participate in an auction, you must review and agree to the full terms and conditions before you bid.

CATATAN JURULELONG

Semua Pembida berminat dinasihatkan untuk mematuhi perkara-perkara berikut, sebelum pembidaan di Jualan Lelong Hartanah:

1. Sila baca dan memahami sepenuhnya semua Terma dan Syarat jualan di sini;

2. Membuat carian rasmi diatas hakmilik induk harta tersebut di Pejabat Tanah dan/atau pihak berkuasa lain yang berkaitan;

3. Penawar hendaklah memeriksa harta tersebut;

4. Mengesahkan butir-butir berkaitan didalam dokumen-dokumen;

5. Sahkan alamat pos hartanah tersebut dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau Pemaju;

6. Semak pengeluaran hakmilik individu berasingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau Pemaju;

7. Sila dapatkan nasihat undang-undang tentang Terma dan Syarat jualan lelong;

8. Sila membuat siasatan yang perlu dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau Pemaju mengenai Terma dan Syarat-syarat jualan, sebelum pembidaan di jualan lelong;

9. Pembida dengan membuat sebarang tawaran mengakui penerimaannya terhadap Terma dan Syarat-syarat jualan;

10. Hartanah itu dijual atas dasar “sepertimana sediada”;

11. Ilustrasi dalam iklan, laman web atau risalah jualan yang akan datang adalah untuk maklumat dan panduan pembida yang berminat sahaja; dan

12. Kami berhak untuk mengubah atau menambah mana-mana aspek penyenaraian ini atau mana-mana terma dan syarat-syarat jualan bilamana dianggap perlu tanpa notis terlebih dahulu.